Notes to viewers:

Semuanya milik Allah

Thursday, 9 February 2017

Tahun Baru...Semoga Ada yang Baru

Assalamualaikum

Tak mahulah cakap pasal azam sebab macam biasa...
tahun silih berganti tapi azamnya tetap sama :p

Cuma...saya amat berharap ada sesuatu yang baru buat saya tahun ini
Yang boleh merubah hidup saya...
Yang akan saya usahakan sebaik mungkin...
Tapi saya redha kalau Allah tentukan jalan yang lebih baik
Saya akan sentiasa bersyukur

Dalam hati teringin nak menyambung pengajian
Saya ni bukanlah rajin...pandai pun jauh sekali
Tapi dalam hati sentiasa ada keinginan untuk terus menimba ilmu
Mungkin itu salah satu cara untuk mengalihkan fokus dari masalah kehidupan
Hanoi....kenangan


Saya bersyukur...tahun baru ni dah beberapa kali berpeluang berjumpa kawan lama
Serta-merta kenangan lalu terimbas kembali
kawan dari zaman universiti
Betapa cepatnya masa berlalu...pelbagai kisah suka-duka dah ditempuhi
Saya berazam untuk cuba mengeratkan silaturrahim dengan kawan-kawan yang dah lama tidak mendengar khabar berita
Gembira hati bila berjumpa kawan-kawan yang dah berjaya dalam hidup...
terus jadi bersemangat nak jadi macam diorang..hahah
Ada kawan jadi director, ada nak jadi COO, ada yang berkembang business
sekadar gambar hiasan :p


Saya baru perasan post ni x dikeluarkan lagi...so...post dulu lahhh:)

No comments:

Post a Comment