Notes to viewers:

Semuanya milik Allah

Monday, 15 July 2019

Makan- makan Restoran Rebung

Salam

Hari tu adik ajak ibu abah dan saya(kena la ajak sekali kan? dah duduk sama😆)
ke Restoran Rebung...

Lama dah saya dengar pasal Restoran Chef Ismail ni, tapi memandangkan saya agak sibuk, dan kedudukannya agak jauh, tak pernah pulak terfikir nak makan kat sini. Saya dengar dari saya bekerja di tempat kerja sebelum ni lagi...dah 10 tahun jugak lah kan?

Jadi, bila diajak tu..umpama pucuk dicita ulam mendatang..Alhamdulillah :P

Kami pergi waktu makan malam...senang dah selesai solat maghrib, taklah terkejar-kejar
tapi rupanya kena kejar jugak sebab buffetnya sehingga jam 10 je..perjalanan pula dah ambil masa hampir sejam...mau tak terkejar

sampai-sampai...saya ajak ibu tengok dulu lauk-pauk dan menu lain...
lepas ambilkan makanan untuk abah, barulah boleh makan
sebab ada event, birthday party yg dihoskan oleh Chef Ismail sendiri, agak lewat juga ditutup..
Abah puji Chef sebab chef ada salam abah..agaknya sebab nampak keadaan abah yang berkerusi roda
Maaf tak sempat nak ambil gambar makanan sebab sibuk nak makan..hehehe
tepi dapur je ni

pandangan dalam restoran...pelbagai lauk pauk di serve kat sini

Menarik kan??depan lif je ni...sidai baju kurung kedah

antique scale

tak ingat dibahagian mana..rasanya di luar restoran
Dah nak balik tu baru la sempat ambil gambar deco restoran yang bercirikan antik nih..cantik..
Banyak sangat deco tapi tak sempat sangat nak bergambar

Rasa?of course sedap..3 kali saya berulang ambil cekodok @ jemput-jemput ikan bilis..hahaha
ni pun luar restoran rasanya

cuma memandangkan auto pay machine hanya ada di satu level sahaja, better pelanggan yang berkerusi roda/OKU parking disitu...x berapa sure lif boleh ke level tu atau tidak...

No comments:

Post a Comment