Notes to viewers:

Semuanya milik Allah

Wednesday, 11 September 2019

Pics From 2013



Assalamualaikum

Random pics from 2013..jumpa dalam google photos

Majlis konvokesyen ke 78 Uitm 




Majlis Berbuka Puasa di Restoran Singgah Selalu, Johor Bahru...rasanya yang kat tepi jalan tu dah tak ada

Ukiran Kayu di Muzium Kebudayaan Istana Melaka














Nak adjust ketengah tak berjaya, jadi kita besarkan :p





Pemandangan dari Outward Bound School, Perak 




Kluang Rail Coffee, sebelah Stesyen Keretapi Kluang
Kopi Ais Kluang Rail Coffee
Roti Bakar Kluang Rail Coffee


Berkesempatan naik bas ketika di Kluang, pakai sistem tiket lama


Kenangan lalu mengusik jiwa  ;)

Wednesday, 17 July 2019

Makan-makan Restoran Warong Warisan Asli

Set Ala Kampung

Set Ala Thai
Menu set

Menu Ala Carte


oklah...sempena hari jadi ibu..kami adik beradik plan makan kat luar
biasa masing-masing masak atau beli dan makan kat rumah ibu
tapi penat lah ibu nak berkemas kang...saya lagi lah penat
sekali-sekala...bawak ibu dan abah keluar

cari tempat yang dekat...Restoran Warong Warisan Asli
Lama dah dengar restoran ni cuma tak berkesempatan..padahal dekat je dengan rumah
sampai dah pindah lokasi pun tak pergi juga.

Kali ni lah baru berkesempatan...
Kami ada 9 orang kanak2....14 dewasa...keluarga kecik
so..order 2 set ala kampung dan 2 set ala thai dengan tambahan air, mee goreng, nasi goreng, ayam goreng...Jumlah keseluruhan RM525++

Rasa....hmmmmm...terus terang cakap...makan kat kedai tom yam depan kami lagi puas hati
ibu puji kerabu sotong je...bagi saya pulak, ikan siakap sweet sour tu boleh laa tahan...


Monday, 15 July 2019

Makan- makan Restoran Rebung

Salam

Hari tu adik ajak ibu abah dan saya(kena la ajak sekali kan? dah duduk sama😆)
ke Restoran Rebung...

Lama dah saya dengar pasal Restoran Chef Ismail ni, tapi memandangkan saya agak sibuk, dan kedudukannya agak jauh, tak pernah pulak terfikir nak makan kat sini. Saya dengar dari saya bekerja di tempat kerja sebelum ni lagi...dah 10 tahun jugak lah kan?

Jadi, bila diajak tu..umpama pucuk dicita ulam mendatang..Alhamdulillah :P

Kami pergi waktu makan malam...senang dah selesai solat maghrib, taklah terkejar-kejar
tapi rupanya kena kejar jugak sebab buffetnya sehingga jam 10 je..perjalanan pula dah ambil masa hampir sejam...mau tak terkejar

sampai-sampai...saya ajak ibu tengok dulu lauk-pauk dan menu lain...
lepas ambilkan makanan untuk abah, barulah boleh makan
sebab ada event, birthday party yg dihoskan oleh Chef Ismail sendiri, agak lewat juga ditutup..
Abah puji Chef sebab chef ada salam abah..agaknya sebab nampak keadaan abah yang berkerusi roda
Maaf tak sempat nak ambil gambar makanan sebab sibuk nak makan..hehehe
tepi dapur je ni

pandangan dalam restoran...pelbagai lauk pauk di serve kat sini

Menarik kan??depan lif je ni...sidai baju kurung kedah

antique scale

tak ingat dibahagian mana..rasanya di luar restoran
Dah nak balik tu baru la sempat ambil gambar deco restoran yang bercirikan antik nih..cantik..
Banyak sangat deco tapi tak sempat sangat nak bergambar

Rasa?of course sedap..3 kali saya berulang ambil cekodok @ jemput-jemput ikan bilis..hahaha
ni pun luar restoran rasanya

cuma memandangkan auto pay machine hanya ada di satu level sahaja, better pelanggan yang berkerusi roda/OKU parking disitu...x berapa sure lif boleh ke level tu atau tidak...

Saturday, 6 July 2019

Kenduri Durian


 Salam...
Nak share gambar kenduri durian di opis.
Jangan tanya durian apa yg kami makan sebab sy pon x
kenal😅...

Yang sy tau..ada jenis IOI, udang merah, 88...
Musang king takde...boss punya je

Alhamdulillah..inilah durian terbanyak saya makan sekali hadap. Kalau ikutkan biasanya sy makan seulas dua je.
Terima kasih banyak boss...moga murah rezeki...aaaminn


Maafkan sy kalau tunggang terbalik..sy post pakai phone je...kuih bakar atas ni adik sy yg buat...Alhamdulillah semua suka. Dah banyak kali office sy ni order..kalau ada yg berminat bolehlah pm tepi..free delivery area klang dan shah alam...dijamin puas hati.

Thursday, 4 July 2019

2 Cinta Hati



My cinta hati 2 org ni...beza sebulan jeeee💗💗💗






My Homestay- Taman Pinang Impian, dekat dengan Klebang, Melaka


Assalamualaikum

Nak promo sikit
Bagi yang bercadang nak bercuti-cuti di Melaka bersama keluarga,
homestay adalah pilihan terbaik.

Lokasi: Taman Pinang Impian, Kampung Batang Tiga, Melaka
              (Rumah dekat jalan, dekat sawah, saujana mata memandang)

              3km ke Original Coconut Shake Pantai Klebang(6 min)

              2km ke Dataran 1 Malaysia(macam2 ada kat sini(4min)

              5km ke Pantai Kundur (cantik sangat pantai ni)(10min)
             
             11km ke A Famosa, Muzium Istana Melaka, Jonker Walk dan sebagainya(25 min)

Kemudahan : 3 bilik (1 Master + 2 bilik) , 2 bilik air
                       Dapur lengkap+peti ais
                       Mesin basuh
                       Astro Njoi
                       dan lain-lain keperluan untuk seisi keluarga
                       
Ruang tamu
 
Ruang Tamu

Master Bedroom-ada aircond

Bilik tengah

Bilik ke 3

Ada 2 toilet

Dapur

Bagi yang berminat, boleh hubungi 013-389 8950 untuk membuat tempahan

Wednesday, 3 July 2019

Hie semua!

Salam
Pada mulanya ingatkan dah berkubur blog ni
sebab cuba buka blogspot beberapa kali tak berjaya

End of syawal
Alhamdulillah sempat laa puasa 6
walaupunnnn...dah hujung2 baru settle

oklah...kang tulis banyak2 tak keluar pulak
test duluuuu

Wednesday, 24 October 2018

KEJUTAN

Kita hanya mampu merancang
Tuhan yang menentukan
Sejauh mana pun kita nak sesuatu itu terjadi, kalau Allah tak izinkan maka redhalah

Saya redha..
Tapi saya sungguh tidak menyokong perpisahan
Saya harap sangat empunya diri berfikir
Allah dah kurniakan pasangan yang baik
Persefahaman tu bukanlah boleh dicapai dalam masa setahun sahaja
Sesetengah pasangan masih berusaha mencapai kebahagiaan dan ketenangan hakiki
Walaupun usia dah sampai penghujung


Friday, 3 March 2017

Tercari-cari

Sebenarnya banyak...terlalu banyak saya nak kongsi
Tapi tak terluah pula...maybe sebab saya ni jenis mendiamkan diri

Dengan hal kerja, hal keluarga, hal percintaan
1001 kisah...dan saya yakin semua orang pun menghadapi perkara yang sama

Saya juga tercari-cari cara nak menulis agar dapat saya luahkan segala-galanya
Walaupun saya tak mahu terlalu terbuka...



Pun begitu...saya cukup suka membaca luahan blogger-blogger
Suka bacaan yang santai...dengan kehidupan warna-warni
Saya lebih suka baca mengenai kehidupan dari cerita artis-artis

Dulunya kerap berforum..tapi sejak jabatan menyekat akses ke forum,
saya aktif semula blogwalking...blog sendiri x diupdate...;p


Oklah...bulan Mac ni cukup sesak rasanya...
Nak cuba aktifkan diri menulis semula...sekurang-kurangnya ada ruang meluah rasa


Thursday, 9 February 2017

Tahun Baru...Semoga Ada yang Baru

Assalamualaikum

Tak mahulah cakap pasal azam sebab macam biasa...
tahun silih berganti tapi azamnya tetap sama :p

Cuma...saya amat berharap ada sesuatu yang baru buat saya tahun ini
Yang boleh merubah hidup saya...
Yang akan saya usahakan sebaik mungkin...
Tapi saya redha kalau Allah tentukan jalan yang lebih baik
Saya akan sentiasa bersyukur

Dalam hati teringin nak menyambung pengajian
Saya ni bukanlah rajin...pandai pun jauh sekali
Tapi dalam hati sentiasa ada keinginan untuk terus menimba ilmu
Mungkin itu salah satu cara untuk mengalihkan fokus dari masalah kehidupan
Hanoi....kenangan


Saya bersyukur...tahun baru ni dah beberapa kali berpeluang berjumpa kawan lama
Serta-merta kenangan lalu terimbas kembali
kawan dari zaman universiti
Betapa cepatnya masa berlalu...pelbagai kisah suka-duka dah ditempuhi
Saya berazam untuk cuba mengeratkan silaturrahim dengan kawan-kawan yang dah lama tidak mendengar khabar berita
Gembira hati bila berjumpa kawan-kawan yang dah berjaya dalam hidup...
terus jadi bersemangat nak jadi macam diorang..hahah
Ada kawan jadi director, ada nak jadi COO, ada yang berkembang business
sekadar gambar hiasan :p


Saya baru perasan post ni x dikeluarkan lagi...so...post dulu lahhh:)

Tuesday, 1 November 2016

Harga Semasa 31/10/2016

Assalamualaikum

Sejak saya mula bekerja, saya cuba membantu abah dalam perbelanjaan keluarga
dengan membeli sedikit sebanyak barangan dapur. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya
ringanlah sikit untuk abah yang bersara awal atas sebab kesihatan.

Biasanya, saya akan beli beras, minyak masak, sabun basuh dan sebagainya. Sebab tu bila ada jualan
murah, saya akan perhatikan benda-benda ni dulu.

Kali ni saya nak share barangan yang saya dapat beli dengan harga yang murah setelah puas saya berpusing ke beberapa kedai dan pasaraya.(ada sesetengahnya memang saya dah hafal harganya :p).

Suka saya ingatkan, harga yang dipaparkan valid di tempat tertentu sahaja. Mungkin di tempat tuan/puan lain harganya dan lain tarikh juga..lainlah harganya. Yang penting, survey dulu sebelum membeli...


Harga di ** Speedmart = RM5.99 setiap pek
Harga di T**co = RM8++
yang ni...memang saya akan beli 3pek ++ sebab mungkin harga penghabisan stok

Harga di ** Speedmart = RM9.50 setiap pek 100g
Harga di T**co = RM10++ setiap pek 100g

Harga di T**co = RM1.05 setiap pek kecil
Harga di Kedai Runcit(kawasan rumah saya) = RM1.00 setiap pek kecil

Harga di T**co = RM26.90 setiap 10kg
memang murah...pernah beli dengan harga RM36++

yg tgh tu krimer bervitamin
dulu ada promo RM2.90 kat ** Speedmart
tapi sekarang dah harga biasa RM3.15 kalau x silap
tapi kat My M**din = RM2.95 setin

ni packing lama kot..
Harga di Kedai Runcit(kawasan rumah saya) = RM2.30
Murah RM0.10 dari tempat-tempat lain ;P

p/s: credit to google for all pics

Friday, 29 July 2016

Budak Sekolah di Restoran Makanan Segera

Tengahari tadi kami ke restoran makanan segera 'drive thru' je
Malas nak fikir nak parking dan tunggu makanan
Tapi...last2 kami parking dan turun untuk makan juga sebab malas nak cari tempat makan lain

Terkejut tengok restoran yang penuh
Hari Jumaat yer
Lebih 70% adalah Melayu..
Lebih 80% adalah budak sekolah
penuh...meja di tingkat atas dan bawah

Budak sekolah yang pakai baju sekolah
Bawa beg sekolah
Bawa buku sekolah
Ada yang siap acah-acah buat homework disitu

Being an adult ..saya agak kurang selesa...
Jumpa satu meja berkembar...satunya ada 2 budak perempuan
satu lagi kosong
saya hanya pandang mereka..
Berbaju sekolah...dengan buku sekolah terbuka di atas meja
dan....
mereka pandang saya balik...sambil sebelah kaki diangkat dan diletakkan ke tepi tingkap
nampak tak mahu mengalah dan menjeling
biadapnya saya rasa

Gigih tak saya lukis?hahaha

di satu hujung lagi..sekumpulan remaja perempuan berborak dengan suara yang kuat
menjerit-jerit..sambil bergelak ketawa...dan bertukar-tukar telefon bimbit
saya perhatikan nampak sengaja dibuat-buat
mungkin sengaja menarik perhatian sekumpulan remaja lelaki di meja belakang

di satu sudut yang lain pula...sekumpulan remaja sekolah...berbaju sekolah juga
lelaki dan perempuan...berbual...sambil minum-minum....nampak tiada makanan
mungkin berpasang-pasang...tapi kami agak jauh...jadi tak nampak betul

zaman saya dulu...pergi restoran makanan segera hanya sebab tempat berkumpul
tak mampu nak makan...
lagipun...tak ada masa nak pergi sana...sepanjang masa sibuk di sekolah...
tambah2 kami di sekolah asrama
saya rasa...quote yang saya jumpa ni tepat sekali


dalam masa yang sama...saya sedar cabaran membesarkan anak dizaman teknologi ini
amat mencabar...dan adab nampaknya semakin hilang bila terlalu taksub dengan teknologi
Bertapa bertuahnya saya sempat merasa zaman bermain...semat merasa zaman tiada gajet
Masa terasa lebih berharga

Wednesday, 20 July 2016

Industrial Training...Praktikal

Assalamualaikum

Pagi ni saya panggil pelajar praktikal di tempat saya...senang cerita...nak bagi kerja
Gambar Hiasan...Jamuan Teh Diraja 2014


Pada mulanya ada 2 orang...seorang lelaki dan seorang perempuan...
tapi pagi ni...hanya yang perempuan yang ada
Ini sikit lebih kurang conversation saya dengan dia

Saya: Mana lagi sorang?
Dia  : Dah naik atas(unit lain)
Saya: Aiii...x maklumkan saya pun?
Dia  : Ingat dah tau...dah bagitau..kakak...(x sebut nama sesiapa)

Saya: Ok..xpe...saya nak awak buat sistem untuk filing ofis ni
Dia  : hmmmm...(sambil senyum kelat)
Saya: Kenapa?Awak ambil IT kan?xder laa kosong nanti log book tu
Dia  : Sy blajar untuk technician je...sistem saya x reti
Saya: Eh...x payah lah yg susah-susah...buat guna excel je...tau guna kan?
Dia  : Tau...
Dia  : Saya pon macam nak cari tempat lain...lecturer bagi 2 minggu
Saya: (Tepuk dahi)

Ni bukan kali pertama saya dapat spesis tolak kerja ni
Sebelum ni lagi best...sepatah pon xnak ckp...xnak tolong kerja2 kami
Dia tahan duduk n mengadap laptop dia..kadang2 tgk youtube
tapi time makan2 dia join..
Sabarrrrr je laaa

Tapi ada juga yang sepenuh hati buat kerja...walaupun jauh simpang dr apa yang dia belajar
dan apa yang buat sy terkejut...pelajar yang banyak membantu ni...
rupa2nya banyak kali dapat Dean's List...nampak macam main2 aje

Bila dah lama bekerja ni..ini yang saya nampak
Sepatutnya...pelajar gunakan sebaiknya peluang untuk tengok dan experience dunia kerja
x semestinya apa yang kita akan kerja dan buat apa yang kita belajar
cabang ilmu tu luas...jadi x perlu memilih
Tapi...ramai pelajar yang sy jumpa..sgt2 memilih...dan berani untuk kata tidak...hmmm

Sy sendiri nampak sangat dah terpesong jauh
Tapi time praktikal...sy layan...semua saya buat
sy jadi operator...siap pergi makan lambat...kene berebut dengan operator lain
sy jadi technician..sy jadi planner...eh...semua sy buat
sy x boleh duduk diam...dengan semua orang sy mintak kerja
Alhamdulillah lulus dengan cemerlang..:D




Sunday, 10 July 2016

Selamat Hari Raya 2016

Dah raya ke 6
Kena masuk kerja...bertabahlah
Mata mengantuk...mana taknya...dah biasa tidur balik lepas subuh

Ambil cuti Isnin dan Selasa sebelum raya...
plan asal nak berkemas habis-habisan
Tapi...sampai pagi raya pon tak siap kemas lagi
Tak larat sungguh nak berkemas waktu siang
Panas sangat...badan mudah letih..
Kudrat pon dah tak ada...iyalah..tenaga perempuan mana kuat sgt
Malam pulak..selain terawih...banyak lagi nak kena buat

Semua adik beradik pakat raya dulu di rumah mertua masing-masing
Ibu kata elok juga...kemas rumah tak siap-siap
Jadi...ada lah masa sikit :D

Tapi nak dekat asar...rumah penuh...
Tak cukup dengan itu...ada pulak gerombolan kanak-kanak datang beraya
Plan nak bagi duit raya je...tapi nak mintak minum katanya
Jadi...merekalah 1st tetamu raya kami

Seperti tahun-tahun sebelumnya juga...saya hanya jadi orang dapur
Baju raya pun tak sempat nak pakai
Nak bergambar barulah terhegeh-hegeh cari baju

Semua kanak-kanak meragam di Hari Raya..nasib baik Jannah boleh tidur

Ini budak manyak ragam...ada aje

Si kecik ni lagi laaaaaaaaa

Hari raya pun...baju still kena basuh...(^^);

Susah betul nak amik gambar dia ni

Gambar saya tak ada lah pulak...tak apa lah...memang tak minat bergambar
Muka pun comot sentiasa..hahahah